Zaman Rig Veda Rig_Veda

Ayat-ayat suci (him) Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda. Beberapa orang cendekiawan telah memberikan beberapa tarikh untuk Rig Veda, seperti berikut:[1]

  • A.C.Dās : 25,000 S.M
  • S.Srikanthasastri : 10,000 S.M.
  • S.V.Venkatesvara : 10,000 S.M.
  • B.G.Tilak : 6000 S.M.
  • Hermann Jacobi : 4500 S.M.
  • Haug M. : 2400 S.M.
  • Winternitz, Moriz : 2000 S.M.
  • Max Muller : 1200 S.M.

Namun, semua cendekiawan ini telah membuat kesimpulan mereka berdasarkan kepada beberapa penemuan yang bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya daripada teori tentang evolusi bahasa dalam Rig Veda, beberapa maklumat astronomi (yang mungkin tidak dibuktikan tanpa keraguan), perubahan-perubahan ketara dalam sistem sosio-politik dan sebagainya. Maka, semua tarikh-tarikh ini tidak boleh diterima sebagai benar tanpa sebarang keraguan.[2]

Menurut pendapat golongan Hindu orthodoks, Veda bukanlah sebuah buku, tetapi ilmu yang didedahkan oleh Tuhan pada awal sesuatu kitaran ciptaan. Apa yang lebih penting ialah untuk mendapatkan ilmu yang terkandung dalam Veda.